Jimnastikminda’s Weblog

March 30, 2008

Lesson Learnt : Rak Kasut

Filed under: Uncategorized — jimnastikminda @ 3:39 pm

Kekuatan minda dan pancaindera merupakan elemen asas dalam merekod pengalaman dan peristiwa yang boleh digunapakai sebagai “IDEA”. Dalam catatan kali ini saya cuba memberikan contoh bagaimana caranya untuk melatih minda dalam menganalisa dan menghuraikan idea baru.

 picture-1398.jpg  Rak tempat penyimpanan kasut ini terlindung daripada hujan melalui penggunaan plastik transparent. Contoh ini merupakan idea ringkas tetapi amat berguna dan berfungsi sebagai tempat menyimpan kasut. Mudah kan? Inilah dinamakan inovasi dan kreatif.

March 29, 2008

Lesson Learnt : “Multi Purpose Signage”

Filed under: Uncategorized — jimnastikminda @ 7:32 pm

picture1.jpg Konsep penghayatan dan pengamatan merupakan satu teknik semulajadi kaedah pembelajaran semasa lawatan di mana ianya amat berfaedah jika kita jadikan sebagai sumber inspirasi. Lesson Learnt merupakan satu kaedah merekodkan pengalaman minda dan fizikal terhadap persekitaran lokasi yang dilawati.

Kekuatan minda dan pancaindera amat diperlukan bagi mengenalpasti potensi idea-idea dan kaedah penyelesaian sesuatu masalah yang boleh diadaptasikan di negara kita. Contohnya “multi-purpose signage” di Boat Quay, Singapura. Jika diamati konsep yang cuba diketengahkan ialah kepelbagaian rekabentuk dan memudahkan pengunjung mendapat informasi berkaitan premis perniagaan. 

gambar1-509.jpggambar1-510.jpg

Jika idea ini diterapkan di sekitar pusat bandar dan kawasan yang menjadi tumpuan pelancongan, saya yakin dan percaya ianya memberikan kesan positif terhadap rekabentuk bandar yang lebih tersusun.

Salam Perkenalan

Filed under: Uncategorized — jimnastikminda @ 6:42 pm

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan salam sejahtera dan selamat bertemu kepada semua blogger dan pendokong blog yang mahukan kelainan di alam siber. Secara umumnya Jimnastikminda’s Weblog merupakan wadah untuk menyampaikan idea-idea, pendapat dan pandangan berkaitan isu-isu semasa dan apa-apa situasi yang memungkinkan kefahaman dan kekuatan minda untuk berfikir.

Kewujudan weblog ini merupakan pemangkin minda untuk terus berfikir secara kreatif dan kritikal. Setiap idea dan pandangan tidak dinilai dari aspek bilangan ayat, dan panjang rangkapnya. Walau sebaris ayat yang disumbangkan oleh rakan blogger dan teman siber jika ianya bernas dan rasional, saya amat menghargainya.

Namun begitu, prinsip dan etika sebagai penulis (Blogger) perlulah diamalkan dengan menjaga kesopanan dan keharmonian di kalangan kita melalui gaya tulisan yang tidak sopan, mempermainkan minda dan sensitifviti masyarakat.

Sekian, Salam Perkenalan………..

Hello world!

Filed under: Uncategorized — jimnastikminda @ 6:06 pm

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Blog at WordPress.com.